Second Confession


Hari Waris.
Sunday, July 14, 2013 | 8:14 AM | 0 Words
Assalamualaikum.
             
               Jumaat (5.07.2013), ada Hari Waris dekat sekolah. hari yang semua student pun tak suka nak dengar. cakap je pasal hari waris, ramai je yang gelabah. hehe. tapi bagi parents pula, cakap je pasal hari waris, hm. mesti excited habis kan? iyalah, parents mana yang tak nak tahu pasal result exam anak anak kan? bagi student pula, student mana nak parents tahu pasal result kan? tambah tambah yang result teruk tu. hm, same goes to me. tapi syukur alhamdulillah. ibu ayah tak dapat datang hari waris tahun ni sebab dah janji nak balik selangor tengok kak nina, so yeay ! aku selamat !
         
              hari waris tahun ni disambut sekali dengan sambutan Ihya' Ramadhan. so, pagi pagi lagi semua student (Muslims) dah berkumpul dekat dalam dewan. adalah sikit persembahan. then about 9am, semua bersurai. lepas habis majlis semua student pun balik kelas. tiba tiba masa lalu dekat laluan depan gate besar tu, cikgu panggil, minta tolong jaga kaunter pertanyaan katanya. kebetulan meja yang cikgu guna untuk kaunter tu meja kami, ceritanya kalau kami balik kelas pun tak ada meja. so, kami pun turutkan aje la.

              lepas kira kira sejam lebih jaga kaunter tu, lepas kira kira seratus kali turun naik blok sebab nak tunjuk kelas dekat waris yang datang, tiba tiba ada sorang pakcik ni datang. muka dia agak familiar. macam penah tengok. tapi, hm. so aku pun tanya, " anak pakcik kelas apa?" , tapi dia macam tak sure anak dia kelas apa. so aku tanya lagi, " anak pakcik tingkatan berapa?". tingkatan 4 katanya. dia kata anak dia ambil aliran Kejuruteraan Elektronik ( MPED ). so, i guess kelas 4Gemilang lah kan. so, untuk kepastian aku tanya lagi, "Nama anak pakcik apa?" mana lah tahu aku kenal kan. lepastu pakcik tu jawab, " Muhammad Hanif". Subhanallah. bapa crush aku rupanya, patut lah muka pakcik ni familiar ja. bedebar debar jantung aku. nak tunjuk arah guna map pun tergagap gagap. last last aku ajak pakcik tu, "Mari pakcik, saya tunjukkan". aku pun bawa lah bapa dia, bila dah nak sampai dekat blok kelas crush aku tu, tiba tiba ja aku nampak dia turun dari tangga. Ya Allah, hanya tuhan ja yang tahu perasaan aku. tapi aku buat buat tak nampak. kekekeke. lepastu pakcik tu panggil aku, sambil tunjuk dekat aku " Itu anak saya" . subhanallah. dia senyum je tengok aku. aku pun senyum jelah. berdebar debar rasanya. aku pun senyum je dekat pakcik tu, lepastu terus minta diri then berambus macam tu je. Ya Allah, kalau lah aku boleh ulang balik semua yang jadi masa haritu. rasa macam bermakna sangat saat saat tu. hehe.
             
              aku cerita dekat hanani, aku ni gatal katanya. tapi cuma kawan kawan baik aku je yang tahu macam mana sukanya aku dekat si HANIF tu. FYI, hanif tu dah jadi crush aku sejak aku darjah 6 lagi okay? sampai sekarang, hm 3 years and still counting :* bila lah awak nak suka saya macam mana saya suka awak? :( why wont you love me?

psst:// teringin nak tengok crush aku? pergi tengok dekat linkies okay? :* lots of love !

-Past-